YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang ke Taman Perikanan Tok Bali di Pasir Puteh, di mana merupakan antara komponen utama rancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Bagi beliau, sekiranya sebelum ini dalam sektor perikanan lebih menumpukan kepada aktiviti nelayan pesisir, kini sudah tiba masanya untuk meningkatkan aktiviti perikanan laut dalam.

Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali turut menyediakan kemudahan asas pendaratan ikan yang moden dan bersepadu selaras dengan hasrat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia untuk mengembangkan industri perikanan dengan penyertaan sektor swasta. Ini juga dapat menarik pendaratan bot-bot tangkapan ikan laut dalam dari selatan Thailand dan Vietnam.
Kejayaan projek sebegini akan menjadi pemangkin pembangunan lebih menyeluruh untuk negeri Kelantan.