YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan lawatan ke tapak Projek Balai Bomba dan Penyelamat, Pitas, Sabah yang kini sudah siap sebanyak 73 peratus tetapi sudah terbengkalai dan sedang menunggu kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) bagi penilaian secara manual sebelum dibentang dalam Lembaga Perolehan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ibu pejabat bagi lantikan baharu kontraktor.

Beliau telah meluluskan secara serta merta bagi memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan disiapkan dengan segera.

Pembinaan Balai Bomba Dan Kuarters Pitas tersebut melibatkan Balai, empat unit kuarters, surau, stor dan rumah sampah.

Sebagai seorang wakil rakyat, beliau faham dan adalah sangat penting untuk kita memperkukuh dan meningkatkan tahap keselamatan dan kebakaran di sesuatu kawasan. MOF akan meneliti semua aspek untuk memastikan pembinaan balai bomba tersebut dapat dipercepatkan.
