Sesi Turun Padang ke Tasek Bera Resort, Pahang

Sesi Turun Padang ke Tasek Bera Resort, Pahang

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang untuk sesi lawatan kerja siri jelajah #Bajet2022 bersama YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan dan YAB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Negeri Pahang ke Tasek Bera Resort, Pahang.

Sesi taklimat turut dijalankan oleh pasukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

 

Mereka turut berkesempatan ke Perkampungan Orang Asli di Kampung Limbahan/Jeti Sudin, Tasek Bera untuk menyampaikan sumbangan seperti telefon bimbit, bakul makanan dan turut dijalankan aktiviti melepaskan benih ikan.

Beliau berharap agar segala isu, permasalahan dan kemajuan orang asli akan diberikan perhatian dalam merangka #Bajet2022 ini.