YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk mendengar sesi pencapaian dan taklimat berkaitan projek Usahawan Sosial UMK-MOF yang telah dijalankan sejak tahun 2020.

Sepanjang sesi tersebut berlangsung, terdapat pelbagai perkembangan terkini yang telah dikongsi bersama dan juga berkenaan kejayaan-kejayaan yang telah dikecapi para usahawan yang terlibat.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Beliau berharap projek sebegini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada para usahawan tetapi juga kepada penduduk setempat.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ini adalah salah satu tumpuan Kementerian Kewangan, iaitu untuk meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar salah satunya dengan kewujudan usahawan hiliran sebegini.