YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah turun padang melawat loji insinerator atau loji pembakaran sampah di Kampung Belanga Pechah, Langkawi.
Terdapat beberapa isu yang menyebabkan loji tersebut tidak dapat beroperasi. Pihak Kementerian akan mencari penyelesaian tuntas untuk memastikan ia dapat beroperasi secepat mungkin bagi memanfaatkan penduduk Langkawi dan menyelesaikan isu sampah di sini.




