YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang untuk memantau perkembangan projek RTS Link di antara Johor Bahru dan negara jiran, Singapura.

Untuk pengetahuan semua, projek RTS Link ini bermula dari Stesen Bukit Chagar di Johor Bahru dan berakhir di Stesen Woodlands North di Singapura dengan jajaran berukuran 4 kilometer, yang mana 2.7 kilometer adalah di dalam negara Malaysia.

Projek RTS Link ini dijangka akan disiapkan sepenuhnya pada Disember 2026. Apabila dibuka kelak, dijangkakan jumlah penumpang akan mencecah 100,000 sehari.
![]() |
![]() |
Projek RTS dijangka memberi manfaat yang besar kepada ekonomi Johor khususnya dan negara amnya terutama daripada segi peningkatan nilai hartanah, penggalakan kegiatan perniagaan dan aktiviti ekonomi termasuk pelancongan dan peruncitan serta memberi keselesaan kepada rakyat yang bekerja dan perlu berulang alik Singapura dan Johor.

Secara keseluruhannya, projek ini bakal menjadi pemangkin pembangunan lebih pesat untuk negeri Johor dan Malaysia amnya.
