Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Meninjau Kerja-Kerja Pembersihan Banjir di Kedah

Sesi Turun Padang Meninjau Kerja-Kerja Pembersihan Banjir di Kedah

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II berkesempatan turun padang untuk meninjau kerja-kerja pembersihan kawasan banjir di SK Lengkuas, Kepala Batas, Kedah.

Kementerian Kewangan telah mengaktifkan Skuad Ihsan MADANI yang bertujuan memberikan bantuan pasca banjir kepada kawasan bencana di sekitar Alor Setar, Kedah. Seramai 120 pegawai dan staf sokongan Kementerian Kewangan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, CIMB Bank dan GDRN terlibat dalam misi ini.

Selain SK Lengkuas, Skuad Ihsan MADANI MOF juga turut membersihkan kesan banjir di SK Seri Amar Diraja, SK Suka Menanti dan Klinik Desa Sungai Baru, Alor Setar, Kedah.

Inisiatif Skuad Ihsan MADANI ini diaspirasikan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menjadi manifestasi semangat kesukarelawanan dan kebersamaan kementerian kepada masyarakat yang memerlukan.

Turut hadir sama YBhg. Dato' Seri Norizan Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Datin Rosni Mohd Yusoff, Setiausaha Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun dan YM Raja Muhammad Azhan Shah Raja Muhammad, Setiausaha Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan.

Arkib Foto

Logo Accessibility