YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menunaikan Solat Jumaat kedua Ramadan di Surau Muhammad Al-Fateh, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), diimamkan oleh YB Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Minggu kedua Ramadan ini mengingatkan kita kepada peristiwa Nuzul al-Quran, iaitu peristiwa penurunan ayat pertama al-Quran daripada Allah SWT kepada Baginda Rasulullah SAW.

Keistimewaan kitab suci Al-Quran buat umat Islam ini dicerminkan menerusi sabda Rasululllah SAW, yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: “Bacalah al-Quran, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti memberi syafaat kepada pembacanya.”