YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan ke Mentakab, Pahang untuk bersama-sama YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang dan Exco-Exco Kerajaan Negeri untuk melawat dan menyampaikan sumbangan kepada para mangsa banjir ketika sesi turun padang #MisiBanjir.
Banjir telah pun surut dan kerja-kerja pembersihan telah pun dimulakan dengan bantuan berterusan oleh sukarelawan serta agensi Kerajaan dan Kerajaan Negeri. Beliau juga dimaklumkan bahawa Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga telah menghantar sukarelawan untuk membantu mangsa banjir dalam aktiviti gotong-royong dan pembersihan.

Sebagaimana yang diumumkan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri, Perdana Menteri, Keluarga Malaysia yang terjejas banjir bakal menerima bantuan sehingga RM61,000. Sehingga kini, hampir 30,000 isi rumah telah menerima Bantuan Wang Ihsan.

Beliau mendoakan agar #KeluargaMalaysia yang terjejas banjir terus cekal menghadapi musibah dan mereka yang turun padang membantu terus diberikan rahmat dan perlindungan di atas jasa murni yang telah mereka curahkan.
