YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Negeri Pahang serta YBhg. Dato’ Sri Abdul Latif Abdul Kadir, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ke Temerloh, Pahang untuk menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada golongan rentan. Sejumlah 500 bakul makanan telah disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

Sejak 2020, Kerajaan telah memperkenalkan Program Bantuan Bakul Makanan untuk membantu mereka yang memerlukan dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19. Di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), RM50 juta telah diperuntukkan untuk program bakul makanan. Di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pula, Kerajaan telah memperuntukkan RM300,000 bagi setiap Ahli Parlimen untuk mengagihkan bantuan bakul makanan kepada penduduk di kawasan masing-masing.



