YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang ke Bintulu, Sarawak sempena Jelajah #Bajet2023 dan telah dimulakan dengan lawatan tinjauan Bank Bergerak Bank Simpanan Nasional (BSN) di Tapak Pesta Sg. Asap.
Setakat ini, beliau difahamkan terdapat sebanyak satu Cawangan Bank Bergerak (CBB) di Bintulu. BSN akan memberi perkhidmatan di Sebauh dan Sungai Asap. Manakala lagi 2 akan beroperasi pada bulan Oktober ini, di Sarikei (Kabong dan Pakan) dan Miri (Sibuti).
Usaha pembangunan penyampaian perkhidmatan perbankan dan kemudahan kepada masyarakat juga tertumpu kepada masyarakat pedalaman bukan sahaja di bandar. Dalam #Bajet2023, penumpuan akan diberikan mengikut keperluan seadilnya.