YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang dan singgah untuk meninjau Empangan Bakun di Bintulu, Sarawak.
Empangan Bakun ialah sebuah empangan hidroelektrik yang merentasi Sungai Balui di Sarawak dan merupakan sebuah empangan batu yang dilitupi konkrit tertinggi di dunia.
Empangan tersebut mempunyai kedalaman tasik sebesar 100 hingga 200 meter iaitu kedua terbesar di Asia. Pembinaan empangan tersebut juga mengakibatkan seramai 9,000 orang penduduk sekitar terpaksa dipindahkan dari kawasan tersebut. Mereka telah ditempatkan semula di kampung rumah panjang Sungai Asap berhampiran Bakun.
Beliau berharap agar Empangan Bakun tersebut dapat memberi manfaat kepada semua penduduk.