YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang ke Bank Simpanan Nasional (BSN) Belaga, Sarawak untuk melihat infrastuktur dan perhubungan.
Dengan kapasiti penduduk yang ramai, terdapat permintaan untuk menambah mesin ATM agar dapat menampung keperluan penduduk untuk urusan-urusan yang diperlukan.
Beliau faham akan kebimbangan dan keperluan penduduk dan berharap para penduduk mengambil peluang menggunakan perkhidmatan Bank Bergerak BSN yang sedia ada. Segala usaha tambah baik beliau ambil maklum dan akan usahakan yang terbaik.