Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Sempena Jelajah #Bajet2023 Ke Bukit Bendera, Pulau Pinang

Sesi Turun Padang Sempena Jelajah #Bajet2023 Ke Bukit Bendera, Pulau Pinang

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah turun padang ke Bukit Bendera, Pulau Pinang untuk melihat pengoperasian Bukit Bendera sebagai sebuah destinasi pelancongan dan juga usaha-usaha konservasi flora dan fauna oleh pihak Kerajaan Negeri.

Di Kementerian Kewangan (MOF), kami amat mementingkan kelestarian alam, seperti mana yang dapat lihat dalam Belanjawan 2021 dan Bajet 2022, kelestarian alam diberikan kepentingan khusus. Bahkan dengan pengiktirafan UNESCO untuk Bukit Bendera, kawasan yang terdiri daripada 12,481 hektar ekosistem marin dan daratan di bahagian utara-barat Pulau Pinang kini dikira antara rangkaian global terkemuka 727 Rizab Biosfera di 129 negara.

Hasrat MOF bagi #Bajet2023 juga sama. Usaha melestarikan alam harus bergerak seiring dengan usaha membangun negara. MOF tidak akan berkompromi kerana ini adalah khazanah kita untuk generasi masa hadapan.

Menerusi pelbagai libat urus bersama pihak berkepentingan, #Bajet2023 akan membentangkan inisiatif khusus bagi kelestarian alam.

Arkib Foto

Logo Accessibility