YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan melawat Industri Pembuatan Batik di Noor Arfa Craft Complex, Terengganu di mana industri tersebut merupakan sebuah kilang yang tersohor dalam pengeluaran dan pengedar batik yang terbesar di negeri Terengganu dengan hasil pembuatannya yang teliti dan berkualiti.
Yang menariknya, kompleks tersebut dibina secara tradisional dengan seni rekaan Terengganu dan dalamnya terdapat pusat beli-belah yang turut mempromosikan dan menjual kepelbagaian produk pasaran tempatan seperti batik dengan pelbagai jenama, tempat pusat pemasaran produk usahawan tempatan yang salah satunya juga merupakan destinasi pusat pelancongan.