Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang sempena Jelajah #Bajet2023 ke Industri Perkapalan di Sibu, Sarawak

Sesi Turun Padang sempena Jelajah #Bajet2023 ke Industri Perkapalan di Sibu, Sarawak

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang dan melawat 3 industri perkapalan iaitu Hung Seng Shipbuilding, Rajang Maju dan Sapor Shipbuilding Sdn Bhd di Sarawak.

Beliau difahamkan proses pembinaan untuk menyiapkan sebuah ‘landing ship’ mengambil masa sehingga 40 bulan dengan keperluan pekerja seramai 40 sehingga 50 orang. Melihat gerak kerja dan proses pembinaan yang rumit dan terperinci, beliau memahami permasalahan tenaga kerja mahir yang diperlukan.

Selain itu, industri tersebut berperanan penting untuk membawa masuk teknologi baharu, melatih anak-anak muda yang mempunyai bakat istimewa untuk menarik lebih banyak pelaburan demi kemajuan Sibu secara keseluruhan.

Besar harapan beliau untuk melihat ekonomi perkapalan dan limbungan tersebut mendapat perhatian dalam #Bajet2023.


Arkib Foto

Logo Accessibility