YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah turun padang dan melawat Industri Warisan Pembuatan Bot di Pulau Duyong, Terengganu bagi meninjau kawasan warisan pembuatan bot.
Beliau amat kagum melihat hasil kerja kapal pukat tunda dan bot bubu yang diusahakan oleh pembuat bot. Beliau turut berkesempatan bertemu dengan pengusaha bot iaitu Encik Wan Nordin Wan Abdullah.
Industri pembuatan bot suatu ketika dahulu adalah ikon negeri Terengganu. Keunikan dan kualiti penghasilan bot adalah setanding dengan keluaran luar negara.
Terdapat juga penghasilan replika bot sebagai kraf tangan untuk dijual sebagai punca pendapatan. Beliau juga amat kagum melihat kehebatan anak jati tempatan Terengganu dalam menghasilkan legasi budaya warisan kreatif dan berseni.
Segala pandangan dan harapan yang disuarakan oleh mereka akan diambil serius untuk penyediaan #Bajet2023.
Terima kasih beliau ucapkan kepada para pengusaha bot, warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Terengganu dan pihak yang hadir dalam sesi lawatan tersebut.