YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang dan melawat ladang penternakan KLAS Farm Sdn. Bhd. di Masjid Tanah, Melaka.
Lawatan turut telah diiringi oleh YBhg. Dato’ Wan Nor Azhar, penasihat KLAS Farm Sdn. Bhd. dan Ir. Haji Shafie Abdul Majid, pengurus KLAS Farm Sdn. Bhd.
KLAS Farm Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat bioteknologi pertanian berstatus BioNexus yang menjalankan pelbagai aktiviti. Antaranya ialah bioteknologi pembiakbakaan baka tempatan, pemprosesan makanan kambing, ‘import dan export’ kambing, kursus dan konsultasi ternakan kambing dan sebagainya. Terdapat juga banyak kandang dan kambing-kambing di ladang penternakan tersebut.
Beliau mendoakan semoga KLAS Farm Sdn. Bhd. terus maju dalam bidang pertanian dan penternakan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat dan luar negara.