Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Sempena Jelajah #Bajet2023 Ke Observatori Negara Langkawi, Pulau Langkawi, Kedah

Sesi Turun Padang Sempena Jelajah #Bajet2023 Ke Observatori Negara Langkawi, Pulau Langkawi, Kedah

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan melawat Observatori Negara Langkawi (ONL), yang siap dibina pada tahun 2006 dan merupakan salah satu balai cerap di Malaysia di bawah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang menyediakan fasiliti pencerapan bertaraf antarabangsa bagi penyelidikan dalam bidang astronomi optikal di Malaysia.

ONL dilengkapi sistem teleskop optikal yang terbahagi kepada 2 teleskop utama iaitu 2 unit Sistem Teleskop Stellar (langit malam) iaitu Stellar I dan II yang mana salah satunya berupaya menjejak NEO (Near-Earth Object) dan 1 unit Sistem Teleskop Solar (Matahari).

Stellar I dibangunkan pada tahun 2006 untuk tujuan pencerapan fenomena dan objek astronomi seperti fenomena gerhana, kajian bintang dedua, planet, galaksi, asteroid dan sebagainya.

Sistem Teleskop Solar yang dibangunkan pada tahun 2006 dapat mencerap matahari dalam 3 panjang gelombang yang berbeza melalui penapis (filter) cahaya nampak (white-light), Hydrogen-Alpha (6562.8Å) dan Calcium K-line (3933.7Å) yang bertujuan untuk pemantauan terhadap aktiviti matahari secara optikal.

Tujuan utama penggunaan ONL adalah untuk penyelidikan dan pembangunan serta penjanaan ilmu (knowledge creation) yang melibatkan penglibatan penyelidik dan pelajar universiti tempatan/antarabangsa serta rakan kerjasama antarabangsa (penyelidik antarabangsa) khususnya melalui program kerjasama penyelidikan saintifik.

Memang sangat menarik dan seharusnya dimanfaatkan. Terima kasih beliau ucapkan kepada pihak MYSA atas sesi taklimat dan lawatan yang dijalankan.

Arkib Foto

Logo Accessibility