YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang ke Program Perasmian Teratak ‘Homestay’ Uma Belor Sg. Asap, Belaga, Sarawak.
Pembinaan ‘homestay’ tersebut akan membuka sektor pelancongan dan sekali gus dapat meningkatkan ekonomi masyarakat.
Mereka turut menyediakan pelbagai jenis hidangan ikonik untuk beliau dan #TeamMOF. Antaranya ikan bakar kelah dan empurau cicah sambal kicap.
Beliau juga dimaklumkan cenderahati seperti beg, rantai dan gelang amat cantik dan murah berbanding di tempat lain.