Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Pelancaran Kuala Lumpur Venture Finance Forum 2022

Majlis Pelancaran Kuala Lumpur Venture Finance Forum 2022

YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II berkesempatan menghadiri majlis pelancaran Kuala Lumpur Venture Finance Forum 2022 mewakili YB Menteri Kewangan.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Tahniah diucapkan kepada Malaysia Debt Venture (MDF) atas sambutan ulang tahun yang ke-20. Penganjuran forum tersebut merupakan sebuah langkah tepat oleh MDV selaku peneraju pembiayaan teroka di Malaysia dalam meraikan pencapaian mereka selama 20 tahun ini.

Forum seumpama ini adalah penting dalam merangsang perkembangan ekonomi Malaysia berasaskan pengetahuan, mengekalkan kadar pertumbuhan (ekonomi) yang pesat serta meningkatkan daya saing negara di gelanggang antarabangsa. Ini selaras dengan aspirasi Kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2025.

Syabas dan tahniah beliau ucapkan kepada MDV dan semua peserta dalam menjayakan penganjuran forum tersebut. Semoga semua mendapat manfaat dan bersama kita merealisasikan aspirasi sebuah negara yang Makmur, Inklusif dan Mampan.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility