YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II telah mengedarkan buah limau mandarin kepada warga Perbendaharaan Malaysia, Putrajaya sebagai simbolik sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut tidak lama lagi.
Beliau turut beramah mesra bersama warga Perbendaharaan Malaysia dan diiringi YBhg. Datin Rashidah Mohd Sies, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) serta pengurusan tertinggi.