YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan merakamkan ucapan terima kasih kepada pegawai-pegawai dari Bahagian Pengurusan Aset Awam (BPA) yang dipimpin oleh Puan Zarina Kadri, Timbalan Setiausaha (Pengurusan Harta) dan Encik Thean Ming Fatt Timbalan Setiausaha (Wang Awam) atas taklimat yang sangat informatif.

Peranan yang dimainkan oleh BPA sangat signifikan dalam memastikan pematuhan terhadap dasar dan peraturan berkaitan pengurusan aset dan dana awam. Mereka juga memastikan agar pengurusan tersebut dijalankan dengan cara yang efisien dan menjimatkan.

Beliau berharap agar kerjasama dapat terus ditingkatkan pada masa depan.
