Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Walkabout Ke NBO & FED

Sesi Walkabout Ke NBO & FED

YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan telah berkesempatan mendengar taklimat daripada Pejabat Belanjawan Negara(NBO).

NBO bertanggungjawab dalam menentukan pengagihan sumber kewangan kerajaan dibuat dengan sewajarnya dan juga mengawal peruntukan yang dibelanjakan oleh kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. NBO juga menguruskan peruntukan kepada kerajaan negeri dan kerajaan-kerajaan tempatan selaras dengan apa yang ditentukan oleh Perlembangaan Persekutuan, keputusan-keputusan Majlis Kewangan Negara (MKN) dan kabinet.

Selain itu, beliau turut mendengar taklimat daripada Bahagian Fiskal Dan Ekonomi (FED). Mereka bertanggungjawab dalam merangka dasar dan strategi fiskal negara serta memantau, menganalisis dan melaporkan status fiskal secara menyeluruh.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua di atas penerangan yang teliti dan berharap dapat menjalinkan kerjasama yang lebih rapat pada masa depan.

Arkib Foto

Logo Accessibility