YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah berkesempatan meluangkan masa ke Unit Komunikasi Korporat (UKK) Kementerian Kewangan dalam siri lawatan beliau.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Puan Hartini Hashim, Ketua Komunikasi Strategik dan Korporat dan Puan Izaitul Farah Ibrahim, Ketua Perhubungan Awam dan Media.

Antara peranan UKK ialah menguruskan perancangan dan pelaksanaan promosi dan publisiti melalui strategi komunikasi yang komprehensif di samping menyebarluaskan maklumat inisiatif Kementerian kepada kumpulan sasar.

Dalam sesi perjumpaan tersebut, antara lain beliau menekankan agar kerjasama komunikasi dipertingkatkan dengan rakan strategik di kementerian lain dalam menjayakan pelaksanaan Kerangka Ekonomi MADANI.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Encik Mohd Shahrizal Mohd Hashim, Setiausaha Sulit Kanan dan Puan Siti Nurbaiyah Nadzmi, Setiausaha Akhbar.
