YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah berkesempatan menerima sesi taklimat ke Unit Integriti (UI) dan telah disambut oleh YBhg. Dato' Zainul bin Darus, Ketua Unit Integriti.

Perbincangan mereka berkisar kepada beberapa inisiatif untuk meningkatkan kerangka integriti termasuk melaksanakan program integriti yang melibatkan semua pihak termasuk pengurusan tertinggi Kementerian Kewangan.

Selain itu, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah juga berharap agar pembudayaan integriti dan pemantapan tadbir urus dalam kalangan warga Perbendaharaan sentiasa berterusan.