Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Watikah Pelantikan & Pentauliahan Munsyi Muda Bahasa Bagi Tahun 2025 & 2026

Sesi Watikah Pelantikan & Pentauliahan Munsyi Muda Bahasa Bagi Tahun 2025 & 2026

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan yang menerima Watikah Pelantikan dan Pentauliahan Munsyi Muda Bahasa bagi tahun 2025 dan 2026 di Dewan Serbaguna, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara.

Majlis penyampaian watikah telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Shaiful Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam.

Majlis ini merupakan sebahagian daripada Program Serambi Budi Daya Munsyi Muda Bahasa Tahun 2026, anjuran Unit Kecemerlangan Komunikasi dan Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Komunikasi dan Bahasa, INTAN dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pelantikan Munsyi Muda Bahasa merupakan inisiatif penting untuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan berkesan dalam perkhidmatan awam, khususnya dalam urusan pentadbiran, penyediaan dokumen rasmi dan komunikasi organisasi. Para munsyi muda turut berperanan sebagai sumber rujukan, penasihat dan pembimbing bahasa di kementerian serta jabatan masing-masing.

Lebih membanggakan, Puan Norafifah Suboh, pegawai Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), jabatan di bawah Kementerian Kewangan, telah diiktiraf sebagai Peserta Terbaik Munsyi Muda Bahasa Tahun 2025. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen dan kecemerlangan warga MoF dalam memperkukuh penguasaan serta penggunaan bahasa Melayu yang berkualiti.

Program ini turut melakar sejarah apabila meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBoR) menerusi penyertaan seramai 2,106 peserta dalam aktiviti rujukan kamus terbesar. Pencapaian ini mencerminkan komitmen bersama untuk menyemarakkan kecintaan terhadap bahasa Melayu.

Semoga pengiktirafan dan pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Kementerian Kewangan untuk terus memartabatkan bahasa Melayu, sekali gus memperkukuh budaya kerja profesional dan kecemerlangan komunikasi dalam perkhidmatan awam.

Syabas dan tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini!

Arkib Foto