Pilih bahasa anda
YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah mengadakan Sidang Media berhubung Laporan Kemajuan GEAR-uP 2026 di Kementerian Kewangan.
Sidang media tersebut mengetengahkan pencapaian utama, kemajuan pelaksanaan serta hala tuju Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) dalam memperkukuh daya saing ekonomi negara, meningkatkan tadbir urus korporat dan menjana manfaat yang mampan kepada rakyat.
Laporan Kemajuan GEAR-uP 2026 merupakan laporan tahunan penuh pertama bagi program tersebut yang membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkasa peranan GLC dan GLIC sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.
Antara pencapaian utama GEAR-uP 2026:
Melangkah ke hadapan, GEAR-uP akan terus mempercepat pelaksanaan komitmen pelaburan berjumlah RM120 bilion, di samping memperkasa bakat tempatan menerusi Program Bakat MADANI yang menyasarkan 25,000 peluang latihan dan pekerjaan menjelang tahun 2027.
Kejayaan GEAR-uP bukan sekadar diukur melalui nilai pelaburan yang direalisasikan, tetapi melalui impak yang terhasil dalam mewujudkan peluang pekerjaan, memperkasa bakat tempatan, mengukuhkan daya saing ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat. Inilah komitmen Kerajaan MADANI dalam membina sebuah ekonomi yang lebih kukuh, inklusif dan mampan demi kemakmuran negara.
Layari mof.gov.my/gearup untuk mendapatkan Laporan Kemajuan GEAR-uP 2026.