Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Siri Wacana Dasar Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA)

Siri Wacana Dasar Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA)

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan memberikan ucaptama dalam Siri Wacana Dasar Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA) Kerencaman Rasuah di Malaysia: Rasuah dan Generasi Muda secara maya anjuran Universiti Malaya dan rakan kolaborasi lain iaitu Sunway Education Group, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Sinar Harian.

Bagi beliau, sebagai anggota pentadbiran muda lebih-lebih lagi di kementerian yang sangat penting, besar tanggungjawab yang beliau pikul, antaranya ialah menjalankan amanah bekerja untuk negara dan menjadi contoh kepada orang ramai. Setiap tindakan yang beliau laksanakan, bukan sahaja sebagai anggota pentadbiran tetapi juga sebagai seorang individu dan beliau sentiasa menjunjung prinsip integriti.

Beliau juga percaya wacana dasar secara atas talian seperti ini amat baik untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan generasi muda mengenai betapa pentingnya peranan mereka dalam membanteras gejala rasuah.

Arkib Foto

Logo Accessibility