Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Suara Pemegang Taruh, Aspirasi Rakyat: Memperkukuh Persiapan Belanjawan 2027

Suara Pemegang Taruh, Aspirasi Rakyat: Memperkukuh Persiapan Belanjawan 2027

Pasukan Belanjawan, Kementerian Kewangan (MoF) telah menghadiri Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kumpulan Sasar, yang menghimpunkan seramai 250 peserta terdiri daripada wakil NGO serta kumpulan sasar KPWKM.

Sesi yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini menjadi wadah penting untuk mendengar sendiri pandangan, pengalaman di lapangan serta cadangan daripada pihak yang dekat dengan realiti dan keperluan masyarakat.

Suara Pemegang Taruh, Aspirasi Rakyat: Memperkukuh Persiapan Belanjawan 2027

Kehadiran Pasukan Belanjawan MoF dalam sesi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk mendengar, memahami dan meneliti input pemegang taruh dalam proses penyediaan Belanjawan 2027.

Input daripada kementerian, NGO dan kumpulan sasar penting bagi membantu Kerajaan menilai keutamaan serta merangka langkah yang bersasar, berimpak dan berorientasikan keberhasilan, khususnya dalam memperkukuh kesejahteraan wanita, institusi keluarga dan kumpulan masyarakat yang memerlukan sokongan.

Suara Pemegang Taruh, Aspirasi Rakyat: Memperkukuh Persiapan Belanjawan 2027

Setiap pandangan membawa perspektif. Setiap cadangan membantu memperhalusi keutamaan.

Kerajaan kekal komited memastikan proses penyediaan Belanjawan 2027 dilaksanakan secara inklusif dan berpaksikan keperluan rakyat, supaya sumber negara dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan impaknya dirasai oleh mereka yang memerlukan.

Arkib Foto