Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sumbangan Bagi Menangani Bencana Banjir

Sumbangan Bagi Menangani Bencana Banjir

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) secara keseluruhannya telah berjanji menyumbang sebanyak RM50.8 juta bagi membantu usaha menangani bencana banjir dan usaha pemulihan pasca banjir.

Ini adalah peningkatan lebih 100 peratus berbanding jumlah RM25 juta yang diumumkan sebelum ini. GLIC dan GLC yang telah menyumbang termasuklah Petronas, Yayasan Petronas, Khazanah Nasional dan Yayasan Hasanah, Yayasan Sime Darby, Yayasan CIMB, Celcom, Telekom Malaysia, Yayasan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Dengan tambahan geran Kerajaan sebanyak RM25 juta, ini bermakna dana untuk usaha menangani impak banjir dan pemulihan pasca-banjir bersama GLC/GLIC adalah RM77.8 juta.

Selain dari Bantuan Wang Ihsan RM1,000 bagi setiap isi rumah yang dilanda bencana, melalui Bank Simpanan Nasional (BSN), mereka yang terkesan banjir juga boleh memohon pembiayaan sehingga RM5,000. Pembiayaan ini adalah tanpa faedah/keuntungan dengan tempoh bayaran yang bermula hanya selepas 6 bulan perjanjian pembiayaan ditandatangani. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk tujuan tersebut.

Beliau berharap agar inisiatif-inisiatif sebegini akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh #KeluargaMalaysia yang terjejas ekoran banjir.

Arkib Foto

Logo Accessibility