Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Suntikan Vaksin Covid-19 Bagi Petugas Barisan Hadapan – Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Suntikan Vaksin Covid-19 Bagi Petugas Barisan Hadapan – Jabatan Kastam Diraja Malaysia

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berada di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18 untuk memberikan sokongan kepada petugas barisan hadapan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang akan menerima vaksin Covid-19. 

Beliau tidak mengambil vaksin buat masa ini bagi membolehkan petugas barisan hadapan lain menerima vaksin tersebut terlebih dahulu. ⠀

Beliau menyeru semua rakyat Malaysia di luar sana akan segera berdaftar sebagai penerima vaksin. Setakat 7 Mac 2021, 2,990,577 rakyat Malaysia telah berdaftar melalui aplikasi MySejahtera. Tanpa sokongan anda, sasaran vaksinasi 80% penduduk Malaysia tidak mungkin tercapai. ⠀

Tunggu apa lagi? Daftarlah segera! ⠀

#LindungDiriLindungSemua

Arkib Foto

Logo Accessibility