Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Taklimat Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) & Jelajah Pekeliling Perbendaharaan Zon Tengah

Taklimat Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) & Jelajah Pekeliling Perbendaharaan Zon Tengah

Taklimat Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) dan Jelajah Pekeliling Perbendaharaan Zon Tengah telah diadakan pada 20 Mac 2023 di Dewan Utama Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Majlis Pelancaran Buku Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Seramai 350 pegawai kewangan dan perakaunan menghadiri taklimat tersebut secara fizikal manakala seramai 1,000 pegawai secara maya melibatkan semua Kementerian / Jabatan Persekutuan serta Kerajaan Negeri Selangor dan Perak.

Objektif taklimat yang berlangsung selama dua hari tersebut adalah untuk memberi penerangan mengenai pindaan yang dibuat terhadap peraturan kewangan di dalam AP berkaitan.

Arkib Foto

Logo Accessibility