Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Taklimat Inisiatif MyDigital ID

Taklimat Inisiatif MyDigital ID

Taklimat inisiatif MyDigital ID telah diadakan di Auditorium Kementerian Kewangan dan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran 110 wakil daripada Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Objektif utama taklimat ini adalah memperkenalkan strategi digital terkini serta membentangkan cadangan integrasi MyDigital ID dalam aplikasi dan sistem GLIC serta GLC, yang berpotensi membawa inovasi dan meningkatkan kecekapan operasi di agensi-agensi berkaitan.

Taklimat ini turut menyediakan platform untuk penyebaran maklumat penting berkaitan MyDigital ID, selain mendapatkan maklum balas daripada para peserta berkaitan pelaksanaan inisiatif ini.

Maklum balas yang diterima akan memainkan peranan penting dalam memastikan pelaksanaan MyDigital ID yang lebih komprehensif dan sesuai dengan keperluan GLIC dan GLC. Taklimat ini juga membuka ruang bagi perbincangan tentang potensi kerjasama masa hadapan antara GLIC, GLC dan MyDigital ID Sdn Bhd dalam usaha mendukung agenda transformasi digital negara.

Taklimat ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Shahrazat Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Kementerian Kewangan. Turut hadir adalah YBhg. Datin Rosni Mohd Yusoff, Setiausaha Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun, YBrs. Encik Mohd Fariszan Ahmad, Timbalan Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan dan YBrs. Encik Mohd Mirza Mohamed Noor, Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID Sdn Bhd.

Arkib Foto

Logo Accessibility