YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mempengerusikan taklimat khas mengenai Kewangan Lestari untuk Warga Kementerian Kewangan Malaysia , yang merupakan usaha untuk membangun, memperkasakan dan menerapkan Agenda Kelestarian dalam gerak kerja serta fungsi Kementerian secara keseluruhannya. ⠀⠀ ⠀⠀
Sesi tersebut merangkumi situasi semasa, cabaran dan potensi kewangan lestari, dan melibatkan perkongsian pengalaman oleh pakar-pakar daripada Kerajaan UK termasuk Dr Ben Caldecott, pakar inisiatif hijau daripada Oxford University. ⠀ ⠀ ⠀⠀
Hasrat Kementerian adalah untuk menjadikan Malaysia hab kewangan lestari yang akan memberi pelbagai kesan positif kepada Rakyat, Perniagaan dan Ekonomi.