Pilih bahasa anda
Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit, Kementerian Kewangan (PPK MoF) telah menganjurkan Taklimat Pemantapan Integriti Agensi Pelaporan Kredit (APK) Tahun 2026 dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Taklimat yang disampaikan oleh PPj Muhammad Zaim Mohd Zuki, Penolong Pesuruhjaya, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu Pejabat SPRM itu memberi pendedahan kepada pihak pengurusan APK tentang Akta SPRM 2009, termasuk kesalahan utama rasuah dan implikasi undang-undangnya.
Seramai 45 peserta hadir, terdiri daripada wakil APK berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 [Akta 710], Ketua dan pegawai Unit Integriti MoF serta warga PPK MoF.
Program turut menyaksikan lafaz Ikrar Bebas Rasuah, disaksikan oleh YBrs. Tuan Idwan Ariff Abdul Rahman, Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit dan YBrs. Tuan Kamaruddin M. Ripin, Ketua Unit Integriti MoF.