Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

#TeamMOF Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

#TeamMOF Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakitnya. Begitulah kita sebagai satu #KeluargaMalaysia, apabila ahli keluarga ditimpa musibah, maka yang lain pun terasa juga keperitannya. Kerana itulah ramai yang menjadi sukarelawan dan menyumbang pelbagai bentuk bantuan untuk meringankan beban sesama kita ketika bencana banjir.

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah merakamkan ucapan terima kasih buat #TeamMOF yang telah turun padang bagi menghulurkan pelbagai bentuk bantuan dan keringat untuk menolong mangsa-mangsa banjir di pelbagai kawasan seperti Dengkil, Sepang, Puchong dan Klang. Antara penerima bantuan ialah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kota Warisan, PPS Cyberjaya, Komuniti Labuhan Dagang serta Komuniti Olak Lempit. ⠀

Seramai 87 warga Kementerian Kewangan (MOF) yang terkesan banjir juga telah dibantu dan beliau turut mendoakan kehidupan mereka akan segera pulih seperti sediakala. Setakat ini, tiada warga MOF yang cedera. ⠀

Dalam keadaan bencana yang memerlukan kerjasama pelbagai pihak untuk usaha-usaha pemulihan, sumbangan sukarelawan warga MOF yang diatur oleh Kelab Perbendaharaan amatlah dihargai.

Arkib Foto

Logo Accessibility