Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Tinjauan Kemajuan Projek Penyuraian Trafik di Antara Plaza Tol Juru & Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang

Tinjauan Kemajuan Projek Penyuraian Trafik di Antara Plaza Tol Juru & Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang

Menjelang penyediaan Belanjawan 2027, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau status terkini Projek Penyuraian Trafik di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD), Pulau Pinang.

Sesi turun padang yang merupakan sebahagian daripada pengisian Program Jelajah Belanjawan 2027 ini turut merangkumi taklimat kemajuan Projek PTJSD Pakej 1, melibatkan kerja-kerja menaik taraf bulatan Persimpangan Bertingkat Timur-Barat serta pembinaan jejambat baharu di Jalan Tun Hussein Onn.

Pelaksanaan projek infrastruktur ini dijangka membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan mengasingkan aliran trafik tempatan dan trafik lebuh raya, sekali gus meningkatkan kelancaran perjalanan serta menjimatkan masa pengguna jalan raya.

Projek ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 200,000 kenderaan dan pengguna jalan raya setiap hari. Pada masa yang sama, rangkaian perhubungan yang lebih cekap akan menyokong pergerakan logistik serta merancakkan aktiviti ekonomi dan pembangunan di Wilayah Koridor Utara.

MoF kekal komited memastikan setiap peruntukan pembangunan infrastruktur dimanfaatkan secara optimum dan memberi impak nyata kepada rakyat, selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI.

Turut menyertai sesi tinjauan ialah YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar); YBrs. Ir. Mohd Hadzmir Yusoff, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM); YBhg. Datuk Nik Airina Nik Jaffar, Pengarah Urusan PLUS;  delegasi MoF serta Pasukan Belanjawan 2027.

Arkib Foto