Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Tinjauan Operasi di Kaunter Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), LHDNM

⠀

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Duta, Jalan Duta untuk meninjau operasi di Kaunter Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Turut bersama adalah YBhg. Dato' Sri Dr. Sabin Samitah, Ketua Pegawai Pegawai Eksekutif LHDNM.

Dalam keadaan pandemik Covid 19 ini, memang ramai yang terkesan dan memerlukan bantuan. Prihatin terhadap penderitaan rakyat, Kerajaan telah memanjangkan tarikh tutup pendaftaran baharu/pengemaskinian BPR sehingga 25 Februari 2021.

Menurut LHDNM, dari 15 Januari sehingga 22 Februari 2021, LHDNM Cawangan Duta telah menerima 13,279 borang secara manual, dengan kehadiran purata harian 382 orang, serta 35,000 borang secara dalam talian. Bagi permohonan secara manual, LHDNM Cawangan Duta menyediakan 6 kaunter perkhidmatan, termasuk 2 kaunter khas untuk golongan OKU, warga emas dan frontliners.

Sehingga 22 Februari 2021, secara keseluruhannya, LHDNM telah menerima 566,364 permohonan baharu dan hampir 3.9 juta permohonan untuk mengemaskini maklum.

Arkib Foto

Logo Accessibility