Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Turun Padang ke Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Sri Serdang dan Bangi

Turun Padang ke Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Sri Serdang dan Bangi

YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah singgah ke Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Sri Serdang dan Bangi untuk melawat dan melihat operasi penunaian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Fasa 2.

Proses pemindahan ke penerima yang mempunyai akaun bank telah bermula pada 21 Januari lepas manakala serahan tunai bermula pada 24 Januari bagi negeri yang bekerja pada hari Ahad.

Proses penunaian ini adalah bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, beliau menyarankan selepas ini, bolehlah membuka akaun untuk memudahkan proses memperoleh bantuan tunai. ⠀

Beliau juga telah mengedarkan air mineral kepada orang ramai yang beratur sementara menunggu giliran mereka dan mengikut SOP yang ditetapkan pihak bank.

Arkib Foto

Logo Accessibility