YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menghadiri wawancara bersama CNBC bagi membincangkan isu semasa, termasuk usaha menangani COVID-19, merangsang ekonomi dan menarik pelaburan. Beliau telah berkongsi mengenai usaha Kerajaan dalam merangsang ekonomi adalah berterusan dengan fokus terhadap melindungi nyawa dan kehidupan.