YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri telah di wawancara oleh CNBC secara maya untuk membincangkan mengenai situasi terkini ekonomi Malaysia dan usaha Kerajaan dalam membendung wabak COVID-19.
Program Imunisasi Kebangsaan yang akan bermula Mac 2021 menyasarkan vaksinasi bagi sekurang-kurangnya 80% populasi rakyat Malaysia.
Program Imunisasi ini, berserta dengan pelaksanaan #Belanjawan2021 dan Pakej-pakej rangsangan yang masih berterusan akan mendorong pemulihan ekonomi Malaysia dan seterusnya membantu ekonomi kita kembali ke landasan pemulihan dan pertumbuhan pada tahun 2021.