YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menerima jemputan untuk menyertai webinar bersama anggota Malaysian French Chamber of Commerce and Industry (CCIFM), yang dihadiri oleh wakil-wakil dari syarikat Perancis yang beroperasi di Malaysia.
Dalam pertemuan tersebut, beliau telah membincangkan beberapa inisiatif yang diumumkan di bawah #Belanjawan2021 dan juga menjawab persoalan dan permasalahan utama dari pelbagai industri.



