Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

YAB Perdana Menteri “Clock In” Di MOF

YAB Perdana Menteri “Clock In” Di MOF

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kewangan.

Beliau tiba di pekarangan Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya pada jam 7.58 pagi disambut oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato’ Anis Rizana Mohd Zainudin, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) dan YBhg. Datin Rashidah Mohd Sies, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan).

Turut hadir adalah YBhg. Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), YBhg. Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), YBhg. Datuk Dr. Awang Adek Hussin, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan warga kerja MOF.

Beliau telah menghadiri taklimat tertutup bersama Pengurusan Tertinggi MOF dan turut meninjau sekitar pejabat Menteri Kewangan.

Semoga pelantikan ini menjadi wadah kekuatan dan tunjang baharu dalam menggerakkan MOF untuk terus berbakti kepada masyarakat sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara.


Arkib Foto

Logo Accessibility