YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang dan menunaikan solat Jumaat bersama #TeamMOF di Surau Muhammad Al-Fateh, Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Putrajaya.
Khutbah pada hari tersebut turut menyentuh berkenaan memperkuatkan ukhuwah dalam bulan mulia Ramadan.

Bagi beliau, antara cara terbaik untuk meningkatkan ukhuwah adalah dengan bersedekah dan ini merupakan masa yang terbaik. Dalam memastikan semua #KeluargaMalaysia dapat merasai kemanisan bulan yang mulia ini, ibadah bersedekah pastinya dapat membantu mereka yang terkesan menjalani hari-hari berpuasa dengan lebih sempurna.
Beliau juga berharap agar kita semua sama-sama merapatkan ukhuwah #KeluargaMalaysia dengan ibadah bersedekah dan semoga dalam bulan mulia ini, pahala kita akan dilipat gandakan dan diberkati.