Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Pengumuman

Pemakluman Tarikh Akhir Untuk Tempahan Kertas A4 Putih 80 gsm Bersempena Cuti Hari Raya Aidilfitri Bagi Tahun 2023

Pemakluman Tarikh Akhir Untuk Tempahan Kertas A4 Putih 80 gsm Bersempena Cuti Hari Raya Aidilfitri Bagi Tahun 2023

PEMAKLUMAN TARIKH AKHIR UNTUK TEMPAHAN KERTAS A4 PUTIH 80
GSM BERSEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI BAGI TAHUN 2023


Adalah dimaklumkan bahawa pembekalan kertas di bawah Kontrak Pusat
Bekalan Kertas A4 Putih 80 gsm oleh Syarikat Auto Trance Services Sdn.
Bhd. akan ditangguhkan sempena Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 2023 seperti
berikut:

Tarikh: 20 April 2023 (Khamis) hingga 25 April 2023 (Rabu)

Sehubungan itu, tarikh akhir pesanan dan penghantaran adalah seperti
berikut:

Tarikh akhir pesanan 12 April 2023 (Rabu)
Tarikh akhir penghantaran 19 April 2023 (Rabu)

Pembekalan dan penghantaran akan beroperasi kembali seperti biasa mulai
26 April 2023 (Rabu).

Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah membuat perancangan pembelian
supaya tiada gangguan bekalan di peringkat Agensi.

 


Bahagian Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan Malaysia

Arkib Pengumuman

Logo Accessibility