Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Bantuan berterusan kerajaan melalui subsidi minyak dan minyak masak bernilai hampir RM8 bilion bagi tahun 2021

Bantuan berterusan kerajaan melalui subsidi minyak dan minyak masak bernilai hampir RM8 bilion bagi tahun 2021

Kementerian Kewangan ingin mengulangi bahawa Kerajaan akan terus membantu rakyat melalui pelbagai langkah. Salah satu langkah dasar yang dimanfaatkan oleh sejumlah besar rakyat Malaysia adalah subsidi minyak dan minyak masak dalam membantu mengurangkan kesan kenaikan harga komoditi di peringkat global ke atas kos sara hidup rakyat.

Setakat ini, Kerajaan tetap meneruskan dasar pengekalan harga bagi barang-barang runcit berikut:

Barangan Harga runcit Harga kekal sejak
Petrol RON95 RM2.05/ liter 10 Februari 2021
Diesel RM2.15/ liter 10 Februari 2021
Gas petroleum cecair
(LPG -liquified petroleum gas)
RM1.90/ kilogram Jun 2015
Minyak masak bersubsidi RM2.50/ pek 1 kilogram 1997

Berikutan peningkatan harga komoditi di peringkat global, subsidi produk petroleum petrol RON95, diesel dan LPG serta minyak masak bersubsidi dijangka meningkat dengan mendadak.Sejumlah RM3.78 bilion telah diperuntukkan bagi tahun 2021 tetapi berdasarkan harga pasaran global semasa, Kerajaan dijangka bakal menampung subsidi sehingga RM8.0 bilion, iaitu RM4.22 bilion lebih tinggi dari yang diperuntukkan:

  JUMLAH SUBSIDI KERAJAAN
Perbelanjaan 2019 RM6.32 bilion
Perbelanjaan 2020 RM2.16 bilion
Perbelanjaan 2021 RM3.78 bilion
Unjuran 2021 RM 8.0 bilion

 

Kerajaan bersedia menanggung perbelanjaan subsidi yang lebih tinggi ini bagi memelihara kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan, terutamanya peniaga-peniaga kecil.

Selain itu, ingin ditekankan juga bahawa pelbagai langkah Belanjawan dan inisiatif yang ditambahbaik melalui PERMAI, PEMERKASA dan PEMERKASA+, akan terus disalurkan sekurang-kurangnya sehingga Disember 2021.Sebahagian dari inisiatif-inisiatif yang dilanjutkan atau ditambahbaik melalui PEMERKASA+ yang masih berterusan adalah seperti berikut:

Inisiatif Diperuntukkan/ diperkenalkan di dalam Peruntukan/Unjuran Asal 2021 Penambahbaikan 2021 Jumlah besar 2021
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Belanjawan 2021 RM7.0 bilion + RM2.1 bilion
(PEMERKASA+)
RM9.1 bilion
Program Subsidi Upah 3.0 Belanjawan 2021 RM1.5 bilion

RM1.5 bilion
(PERMAI)

RM700 juta
(PEMERKASA)

RM1.5 bilion (PEMERKASA+)

RM5.2 bilion
Geran Khas Prihatin 3.0 Belanjawan 2021 & PERMAI RM1 bilion + RM500 juta
(PEMERKASA+)
RM1.5 bilion
Pembiayaan Kos Rendah PKS BNM
(Targeted Relief & Recovery Facility; Agrofood Facility; Micro Enterprises Facility; SME Automation & Digitalisation Facility; PENJANA Tourism Financing; All Economic Sectors Facility)
Belanjawan 2021 RM5 bilion RM2 bilion
(PEMERKASA+)
RM7 bilion
Bantuan pemandu bas/teksi/e-hailing PRIHATIN, Belanjawan 2021 & PERMAI RM123 juta RM68 juta
(PEMERKASA+)
RM191 juta
Diskaun bil elektrik bagi 6 sektor paling terjejas PERMAI RM135 juta RM135 juta (PEMERKASA+) RM270 juta
Insentif Cukai
(Kempen Pemilikan RumahHOC& Cukai Jualan Kenderaan Penumpang)
Belanjawan 2021 & PERMAI RM1.096 bilion RM1.46 bilion
(PEMERKASA+)
RM2.556 bilion

 

YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan
12 Jun 2021

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility