Kerajaan Persekutuan telah mengotakan janji untuk melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga petroleum di pasaran dunia. Demi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga yang ketara apabila harga minyak dunia meningkat, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi.
Kaedah mingguan ini yang menurunkan harga runcit produk petroleum apabila harga minyak dunia turun tetapi apabila harga minyak dunia naik, kenaikan harga runcit produk petroleum akan dihadkan pada RM2.20 bagi RON95 dan RM2.18 bagi diesel. Ini adalah suatu inisiatif baharu oleh Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan demi melindungi kepentingan golongan B40, yang tidak pernah diamalkan oleh Kerajaan terdahulu. Had harga minyak ini akan dibatalkan bila subsidi minyak bersasar dilaksanakan pada pertengahan tahun ini.
Mulai 5 Januari 2019, harga runcit produk petroleum telah ditetapkan secara mingguan di mana harga runcit bagi produk petrol RON97 telah diturunkan pada paras RM2.23 seliter, harga runcit petrol RON95 diturunkan kepada RM1.93 seliter, manakala harga runcit bagi produk diesel juga telah diturunkan pada paras RM2.04 seliter. Bagi minggu-minggu yang seterusnya, harga runcit akan diselaraskan semula mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Sehubungan itu, berdasarkan harga pasaran sebenar APM bagi minggu sebelumnya, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 12 Januari 2019 sehingga 18 Januari 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:
Sayangi Malaysiaku!
Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
11 Januari 2019