Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Tiga Agensi Penarafan Antarabangsa Terbesar Dunia Telah Mengekalkan Penarafan Kredit Malaysia

Tiga Agensi Penarafan Antarabangsa Terbesar Dunia Telah Mengekalkan Penarafan Kredit Malaysia

Malaysia berada di landasan yang betul bagi memperbaiki keadaan fiskal Kerajaan dalam masa 3 tahun selepas skandal 1MDB merosakkan kewangan negara.

Tiga agensi penarafan kredit antarabangsa terbesar dunia telah mengekalkan penarafan kredit Malaysia. Moody’s dalam laporan mereka pada Januari 2019 menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi negara akan terus berkembang secara lebih kukuh berbanding negara-negara yang mempunyai penarafan A, dan bahawa kepelbagaian serta kekukuhan ekonomi Malaysia dapat mengurangkan sebahagian daripada kesan negatif paras hutang yang tinggi.

Laporan ini dikeluarkan selepas Moody’s pada 7 Disember 2018 memutuskan untuk mengekalkan kredit Kerajaan Malaysia pada taraf A3 berdasarkan kepada pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, pasaran modal tempatan yang mendalam serta rangka kerja institusi yang meyakinkan. Agensi tersebut juga menekankan bahawa kemungkinan penarafan kredit Malaysia berubah dalam masa terdekat adalah rendah dan ini akan meyakinkan pelabur dan komuniti perniagaan terhadap ekonomi negara.

Fitch Ratings pula di dalam laporan bertajuk “Malaysia Budget Balances Wider Deficit with Transparency” menekankan bahawa Belanjawan 2019 “memenuhi sasaran konsolidasi fiskal dalam jangka masa sederhana.” Fitch menjangkakan yang “kadar hutang akan menurun dalam masa beberapa tahun akan datang jika KDNK secara amnya berkembang pada kadar 4.9% pada tahun 2019 dan 5.0% pada tahun 2020 seperti yang dikongsi oleh Kerajaan.” Fitch juga telah mengekalkan penarafan kredit Malaysia pada ‘A-‘ dengan prospek stabil.

Lebih utama lagi, Fitch telah menyimpulkan bahawa “Kerajaan baharu telah dipilih pengundi atas janji-janji untuk mempertingkatkan tadbir urus pentadbiran dan menangani gejala korupsi dalam sektor awam.” Pembaharuan institusi yang bertujuan untuk menyerapkan prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) seperti yang dinyatakan semasa Belanjawan 2019 termasuklah:

  1. Migrasi ke perakaunan akruan daripada perakaunan tunai pada 2021
  2. Pengenalan Akta Tanggungjawab Fiskal pada atau sebelum 2021
  3. Pengenalan Akta Perolehan Kerajaan pada tahun 2019
  4. Penggunaan zero-based budgeting untuk Belanjawan 2019
  5. Penggunaan tender terbuka dan toleransi sifar terhadap korupsi dan ketidakpatuhan prosedur belanjawan

Peningkatan kutipan cukai dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan akan memastikan Malaysia berjaya memenuhi sasaran fiskal konsolidasinya. Jawatankuasa Pembaharuan Cukai dan Jawatankuasa Kewangan Awam yang telah diwujudkan tahun lepas akan membantu Kerajaan mempelbagaikan asas pendapatannya serta melakukan konsolidasi fiskal tanpa terlalu membebankan rakyat ataupun menjejaskan pertumbuhan ekonomi.Pada masa yang sama, S&P Global Ratings melaporkan bahawa “komitmen Kerajaan terhadap konsolidasi fiskal boleh dipercayai manakala tekanan kewangan seperti pembayaran rebat GST akan beransur pulih selepas 2019.” S&P juga telah mengekalkan penarafan kredit Malaysia pada A-.

Agensi-agensi penarafan sebelum ini telah menyatakan kebimbangan tentang asas pendapatan yang berkurangan selepas GST dimansuhkan dan digantikan dengan SST. Perkara ini sedang diatasi, dan kesan usaha-usaha yang diambil dapat dilihat melalui pengutipan cukai langsung tahun 2018 yang memberangsangkan dan telah meningkat RM13.7 Bilion atau 11.1% tahun-ke-tahun kepada paras tertinggi RM137.0 Bilion setahun. Ini bukan sahaja membuktikan bahawa Kerajaan berada di landasan konsolidasi fiskal yang betul tetapi juga membuktikan bahawa ekonomi negara telah terus berkembang pada tahun lalu, lebih-lebih lagi apabila 51.1% daripada semua kutipan cukai langsung adalah daripada cukai pendapatan syarikat. Untuk SST, Kerajaan telah berjaya mengutip RM5.4 Bilion untuk 2 bulan terakhir tahun 2018, iaitu 34% lebih tinggi daripada jangkaan kutipan asal RM4.0 Bilion.

Peningkatan kutipan cukai dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan akan memastikan Malaysia berjaya memenuhi sasaran fiskal konsolidasinya. Jawatankuasa Pembaharuan Cukai dan Jawatankuasa Kewangan Awam yang telah diwujudkan tahun lepas akan membantu Kerajaan mempelbagaikan asas pendapatannya serta melakukan konsolidasi fiskal tanpa terlalu membebankan rakyat ataupun menjejaskan pertumbuhan ekonomi.


Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya

23 Januari 2019

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility