Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Ucapan

Bacaan Kali Kedua Pembentangan Rang Undang-Undang Zon Bebas (Pindaan) 2020

Bacaan Kali Kedua Pembentangan Rang Undang-Undang Zon Bebas (Pindaan) 2020

MESYUARAT DEWAN RAKYAT

UCAPAN YB MENTERI KEWANGAN BAGI BACAAN KALI KEDUA PEMBENTANGAN RANG UNDANG-UNDANG ZON BEBAS (PINDAAN) 2020


Tuan Yang Di Pertua,

Rang Undang-undang Zon Bebas (Pindaan) 2020 yang dicadangkan adalah bagi meminda Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438]. Pindaan yang dilaksanakan dalam Akta ini merupakan pindaan susulan (consequential amendments) daripada pindaan Akta Kastam 1967 yang dicadangkan.

Tuan Yang Di Pertua,

2. Saya memohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam Rang Undang-Undang ini. Rang Undang-Undang ini mempunyai 4 fasal seperti berikut:

  1. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan;
  2. Fasal 2 bertujuan memasukkan seksyen baharu 17A dan 17B di mana seksyen 17A bertujuan untuk memperuntukkan kuasa tambahan kepada pegawai kanan kastam untuk menjalankan penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan sebagaimana kuasa pegawai polis di bawah Kanun Tatacara Jenayah. Seksyen 17B pula memperuntukkan kuasa kepada pegawai kastam untuk mengurus dan menjaga tahanan reman dalam tempat tahanan JKDM, sepertimana kuasa seorang pegawai polis;
  3. Fasal 3 bertujuan memasukkan subseksyen baharu 26(3A) dan (3B) bagi memperuntukkan kuasa kepada pegawai kastam untuk mengesil pengangkut, premis atau tempat yang mengandungi barang, dokumen atau benda yang tidak dapat dialihkan bagi tujuan sitaan. Peruntukan ini juga menjadikan suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang mengganggu sil dan sitaan tersebut serta boleh dikenakan hukuman ke atas kesalahan berkenaan;
  4. Fasal 4 bertujuan memasukkan seksyen baharu 30B bagi memperuntukkan kebolehterimaan keterangan ejen provokasi dan keterangan yang diberi kepada ejen provokasi untuk digunakan dalam suatu pertuduhan di bawah Akta; dan
  5. Pindaan lain yang tidak dinyatakan secara khusus adalah pindaan bersifat kecil atau consequential in nature.

Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan.

Arkib Koleksi Ucapan

Logo Accessibility